Pengehadan 10 Subjek SPM dan 4 Subjek Teras: Suatu Pandangan Menyeluruh

1. SITUASINYA sama seperti satu permainan yang selalu dijalankan dalam aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan) di mana anda terpaksa memilih 4 daripada 6 orang untuk diselamatkan. Tentunya pilihan itu mesti tepat, jauh daripada kepentingan diri dan ada sebab yang kukuh mengapa anda memilih empat orang itu.

2. Cuma bezanya dalam permainan itu kita diberi masa selama beberapa minit sebab situasinya sangat kritikal, melibatkan nyawa dan keputusan perlu dibuat sepantas yang mungkin.

3. Tetapi dalam situasi sekarang kita diberi masa yang agak mencukupi meskipun tidak begitu panjang, iaitu dua minggu untuk membuat pilihan. Tentunya kita boleh memasukkan lebih banyak rasional sewaktu membuat pemilihan itu.

4. Keputusan yang kita perolehi dalam masa dua minggu ini akan menentukan ketepatan pilihan yang bakal kita buat untuk calon SPM 2010 yang kesannya akan dilihat dua puluh tahun selepas itu atau lebih cepat dari itu.

5. Memandangkan pemilihan yang kita sendiri tentukan dan keputusan yang bakal dibuat tidak sedikit kesannya ke atas pencapaian negara ini dan kualiti modal insan pada masa depan, maka kita masih berharap agar apa pun keputusan yang bakal diambil tentang hal ini tidak akan dilakukan dengan secara tergesa-gesa, malahan ia wajar mengambil kira semua faktor dan menimbang tara semua pandangan.

6. Kita berharap agar Kementerian Pelajaran tidak terkekang dengan tempoh dua minggu yang diberikan sebab kita masih ada masa sehingga akhir tahun ini sebelum keputusan rasmi dimuktamadkan bagi tujuan diguna pakai oleh calon SPM 2010.

7. Saya percaya berasaskan ucapan TS Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia beliau akan meneliti semua cadangan sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat.

8. Pengalaman mengendalikan PPSMI sepatutnya dijadikan pengajaran berguna oleh Kementerian Pelajaran. Pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris bukan tidak baik, malahan selari dengan matlamat yang terkandung dalam Wawasan 2020.

9. Cuma pelaksanaannya yang tergesa-gesa dan tidak sempat diperhalusi oleh ramai pihak yang berwibawa telah menjadikan pelaksanaan PPSMI menjadi bahan pertikaian yang berpanjangan sungguhpun idea itu dicetuskan oleh seorang yang sangat jauh jangkauan pemikirannya.

10. Kita mungkin boleh menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah dalam membuat penentuan ini. Salah satu kaedahnya ialah sumbang saran dan 5 Wives 1 Husband (5W 1H) dalam memecahkan persoalan ini.

Pandangan Tentang BI Menjadi Subjek Wajib Lulus Dlm SPM

Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) antara dasar kerajaan yang menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat Malaysia terutama ahli pakar bahasa Melayu, Ibu bapa dan guru.

Baru-baru ini, kerajaan bercadang menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermakna sekiranya pelajar lepasan SPM gagal subjek itu, mereka tidak akan memperoleh sijil dan hanya slip keputusan yang dipegang mereka sebagai bukti sudah menduduki peperiksaan itu.

Di sini, saya perhatikan ramai yang memandang mudah terhadap kepentingan bahasa Inggeris dalam memacu pembangunan negara mahupun dalam usaha melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Ramai yang menjadikan Jepun sebagai negara contoh kerana negara itu mencapai status negara maju tanpa menggunakan bahasa Inggeris.

Ada segelintir pihak yang menyatakan mereka bimbang budaya Melayu semakin terhakis terutama selepas dasar PPSMI dan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM. Situasi ini menunjukkan betapa lemahnya pemikiran segelintir rakyat Malaysia dalam mengharungi kehidupan dunia moden ini.

Jika kita menilai kedua-dua dasar yang saya fokuskan tadi dari sudut positif, pelajar sekolah terutama Melayu boleh menyahut seruan kerajaan dengan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan. Inilah yang dinamakan motivasi apabila kita berjaya menukar beban kepada cabaran.

Kesimpulannya, hakikat penggunaan bahasa Inggeris dalam negara terutama sistem pendidikan Malaysia memang banyak pro berbanding kontra. Maka, janganlah kita jadikan bahasa Inggeris sebagai satu bebanan, sebaliknya pandanglah dari sudut positif yang akan membuka jalan kepada kemajuan negara, seterusnya pembangunan minda pelajar.

PPSMI: Gapena buat laporan polis

Badan penaung kepada persatuan penulis seluruh Malaysia, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) hari ini membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin membuat laporan tersebut tengahari ini di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur. Mereka pada mulanya merancang membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang (IPD) Wangi tetapi rancangan itu ditukar di saat akhir. Dalam laporan polis itu, Ismail mendakwa pelaksanaan PPSMI "tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan". Menurut laporan berkenaan, Perkara 152(1) meperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang, bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan dihalang menggunakan (selain bagi "maksud rasmi") atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain. "Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori "maksud rasmi". "Berasaskan kepada kehendak perkara 152(1) & 6 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta 550 (Akta Pendidikan 1996), adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu," laporan polis itu dipetik. Proses pertama GapenaIsmail juga mendakwa pelaksanaan dasar itu akan "membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang". Beliau ditemani setiausaha 1 Gapena Dr Zainal Abidin Borhan, Ketua 1 Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baharuddin Zainal dan penulis Rejab Ismail, ketika membuat laporan tersebut. Bercakap dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan tersebut, Ismail berkata laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu. Ismail juga berkata, badan-badan gabungannya di seluruh Malaysia, akan membuat laporan yang sama berhubung pelaksanaan dasar itu di tempat masing-masing.
Beliau turut ditanya mengenai rancangan Gapena untuk mengadakan perarakan keranda - dinamakan Keranda 152 - pada hari ini (15 Februari) yang tidak menjadi kenyataan.
"Waktu kita bincang, macam-macam rancanganlah timbul. Hendak buat macam itu perlu minta izin," jelasnya. Hari ini, Gapena mengadakan program khas bagi menyatakan bantahan mereka terhadap PPSMI melalui bacaan sajak dan pidato tokoh dan aktivis bahasa - dinamakan "Ratap Ratib Bahasa". 'Hak bahasa dan orang Melayu'Bekas pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) - sebuah lagi badan yang memperjuangkan pemansuhan PPSMI - turut kelihatan, termasuk pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad. Abdul Aziz sebelum itu dalam ucapannya di pejabat Gapena di ibunegara berkata, hak-hak berhubung bahasa dan kedudukan orang Melayu telah pun wujud sejak zaman penjajahan British lagi. Perkara itu, kata beliau lagi, kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Menyentuh soal peluang Gapena membawa isu PPSMI ke mahkamah, Abdul Aziz berkata, dari aspek undang-undang, Gapena mempunya hujah yang kukuh untuk menuntut semakan kehakiman. "Bagaimanapun, saya bimbang kuasa menteri boleh menukar mata pelajaran Sains dan Matematik supaya tidak lagi menjadi matapelajaran teras. Menteri ada kuasa itu. (Kalau) itu (berlaku) maknanya, orang politiklah yang kena beritahu (menteri)," katanya menjawab soalan Baharuddin dalam majlis itu. Abdul Aziz yang juga pengamal undang-undang menjelaskan, sesiapa sahaja sebagai warganegara Malaysia boleh membawa perkara itu ke mahkamah. "Gapena sebagai persatuan tidak (boleh). Gapena hanya sebagai penaja, nama sahaja. Sebagai entiti yang sah, ahli-ahlinya boleh bertindak," katanya.

Pelajar Boleh Terus Guna PPSMI

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan perubahan terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan kembali kepada dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing mulai tahun 2012.

Pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris boleh terus berbuat demikian sehingga mereka menamatkan pendidikan sekolah menengah mereka, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata beliau pelajar yang terlibat dalam program PPSMI itu mempunyai pilihan dan kebebasan untuk menjawab soalan peperiksaan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Cara ini dapat melegakan kebimbangan ibu bapa dan memberi peluang untuk bergerak secara perlahan-lahan ke dalam sistem baru.

Isu Bahasa Inggeris

Isu penggunaan bahasa Inggeris bukan sahaja berlaku di negara kita, bahkan juga kepada masyarakat Islam di Scotland. Baru-baru ini di lontarkan cadangan supaya khutbah jumaat dibaca di dalam bahasa Ingeris untuk memastikan keberkesanan penyampaian maklumat kepada generasi muda keturunan Pakistan yang tidak dapat bertutur dan memahami bahasa Urdu, juga kepada saudara baru berbangsa Scot dan sebagai usaha dakwah kepada bukan Islam.

Keputusan pengundian secara maya mendapati 78% pengundi menyokong berbanding 22%. Keputusan ini memang di jangkakan kerana kebanyakan pengundi adalah golongan muda yang celik IT dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa berbanding golongan tua generasi pertama.

Strategi Pelaksanaan Dasar PPSMI

1) Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) sebanyak 10% daripada gaji pokok untuk Guru Bukan Siswazah dan 5% untuk Guru Siswazah yang mengajar ketiga-tiga subjek tersebut diperkenalkan mulai tahun 2003.

2) Para guru yang terlibat juga dikehendaki menjalani kursus ETEMS untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran mereka dalam Bahasa Inggeris.

3) Sekolah telah dibekalkan dengan komputer riba dan LCD serta Bahan Bantu Mengajar dalam Bahasa Inggeris untuk subjek-subjek yang berkenaan.

4) Projek Rangkaian Schoolnet yang menyambungkan semua sekolah di Malaysia dalam satu jaringan rangkaian berkelajauan 1Mbps (muat turun) dan 128kbps (muat naik) telah diperkenalkan. Projek ini bertujuan membudayakan penggunaan Internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia membolehkan setiap sekolah mempunayai capaian ke internet. Projek ini dibiayai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tempoh lima tahun dengan jumlah anggaran kos sebanyak Rm374.20 juta. Sehingga tahun 2009, sebanyak sepuluh ribu sekolah telah dirangkaikan.

Aktiviti Pelajar Sekolah Menengah Di Melaka

Pameran Ulama sempena Bulan Ramadhan

Marilah beramai-ramai ke acara ini yang akan diadakan bermula pada 25 Ogos - 27 September 2009 di Muzium DMDI, Banda Hilir, Melaka. Maklumat lanjut, sila hubungi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) di talian 06 - 282 7464.

Melaka International Tourism Show (MITS) 2009

MITS 2009 akan berlangsung dari 4 - 6 Disember 2009 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Ia merupakan acara pelancongan tahunan peringkat antarabangsa yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang terlibat di dalam industri pelancongan melalui pameran pelancongan yang berlangsung selama 3 hari. Selain itu, terdapat aktiviti lain seperti persembahan kebudayaan, jemputan artis terkenal, demostrasi kraftangan dan sebagainya.

Night Zoo

Watch the animals behavior during nite at Melaka Zoo.
Date: Every Friday, Saturday, Sunday & Public Holidays 8.00 pm - 11.30pm
Venue: Melaka Zoo
Organiser: Melaka Zoo

Horse Ride

Its your chance to experience a horse ride going through the garden.

Date: Every Saturday, Sunday, Public & School Holidays (10.00 am – 12.00 pm & 2.00 pm – 4.00 pm)

Venue: Elephant Village, Melaka Zoo

Organiser: Melaka Zoo

Elephant ride

Treat your kids to a delightful elephant ride. Let them get to know more about this gentle animal.

Date: Every Saturday, Sunday, Public & School Holidays 10.00 am – 12.00 pm & 2.00 pm – 4.00 pm

Venue: Elephant Village, Melaka Zoo